Sumber Gambar: google
Putrajaya: Berita gembira buat Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bergaji bawah RM4,000.00 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran balik pinjaman sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.
Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta bagi mereka yang belum mencapai gaji RM4,000.00 dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang meningkat. Walaubagaimanpun, kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka. Itu antara janji yang perlu kita tunaikan dan jadi keutamaan
Ujar beliau, Manifesto PRU-14 PH tidak menawarkan pemansuhan hutang PTPTN, tetapi memberi keistimewaan kepada peminjam untuk membayar balik pinjaman apabila mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.
Kenyataan itu dipetik pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Idris Jusoh kepada beliau di sini hari ini.
Sumber – malaysiagazette.com
11 Comments
Yahhooooooo....
ReplyDeleteExcite pulak.. Walhal pembayar tegar pun sebelum ni.. Tak pernah missed and tak sekat2 pun nama kita.. Hahahaha...
alhamdulillah.....inisiatif kerajaan banyak baiknya....bila tiada sekatan untuk keluar negara, graduan boleh mencari pekerjaan di luar negara n sekali gus selesaikan hutang ptptn dengan cepat
ReplyDeleteIt's a good policy and many will benefit from it. On the flip side, these freshies must learn to save up their income as well.
ReplyDeleteHurm. Ada banyak komen yang menyokong dan tak kurang ramai juga yang tak suka.. Personally, kalau boleh, bayar la walau sikit2 kan
ReplyDeleteRasa macam tak setuju kalau yang ni sebab bagaimana pula peminjam yang berpendapatan bawah rm2000 ke bawah dan agak mustahil nak capai gaji rm4000 tu? nak tunggu gaji rm4000 time tu dah bersara pulak.. hemm.. maknanya macam mana status hutang ptptn tu nanti ye?
ReplyDeletetapi boleh je bayar dengan KWSP.
Deletemek stuju dan sronok dapat peluang ni. untuk gaji yg bawah 4k boleh la slow slow byr dengan kwsp.
ReplyDeleteNasib baik sis tak ado utang ptptn ni...tapi sayangnya anak pulak yg ada..adehhh sian sungguh dia.
ReplyDeleteBukan tak nak tolong bayarkan..tapi dia dah kerja so biar dia merasa bagaimana susahnya nak membayar kalau berhutang. Selalu pesan kat dia..hutang ttp hutang..mcm mana pun mmg kena bayar
I think many will be benefited for this new policy. Just not to be abused, I guess.
ReplyDeleteI cleared my PTPTN when I first start working! It really beneficial for those who yet to pay off their PTPTN.
ReplyDeleteAlthough I didn't pinjam PTPTN, but I think this policy is great, just not to be abused.
ReplyDelete