Minggu ini penuh dengan undangan ‘food review’ menjelang ramadhan. Kali ini, Bonda di undang untuk merasai menu baru di restoran Thai yang baru dibuka dua bulan lalu di Petaling Jaya. 

Melihatkan ‘signbord’ yang unik ini hati meronta-ronta ingin mengetahui apakah menu istimewa yang bakal Bonda nikmati? Bonda dimaklum kan ada beberapa jenis menu masakan baru yang diperkenalkan dan masih belum ada didalam senarai menu yang ada. Wahhh ini sangat membuatkan Bonda tidak sabar menanti menu istimewa ini. Sementara menunggu kejadiran rakan-rakan yang lain, bonda memesan dahulu air limau ais sebagai pembasah tekak. Enak sungguh air limau ais yang dihidangkan. Hilang segala dahaga yang bertandang dari tadi.

Seusai kaki melangkah tiba di kedai ini, hati terpukau dengan susun atur dan hiasan dalaman restoran ini. Sekaligus mengingatkan Bonda kenangan beberapa tahun lalu ketika Bonda mengikut Ayahanda (suami Bonda) melancong ke negara jiran. Setiap kali kami ke utara, pasti mengambil kesempatan menjelajah ke sempadan Siam dengan memandu kenderaan Malaysia sambil menikmati pemandangan indah perkampungan-perkampungan disana. 

Ayahanda sanggup memandu dari sempadan Malaysia semata-mata untuk menikmati makanan Thailand ‘original’ yang sukar didapati di Malaysia. Apabila memulakan perjalanan ke Utara, Thailand adalah destinasi terakhir kami. Bertolak dari Seremban ke Padang Besar Perlis sebelum melangkah masuk ke sempadan Padang Besar Thailand.  Berbagai-bagai menu masakan Thailand yamg kami cuba. Terutama daging bakar yang dimakan dengan sos kicap sedap ketika menginap di Danoa. Manakala apabila ke Songkla, Bonda pasti tidak lupa untuk makan bubur nasi dengan sup yang sangat sedap. Singgah menghirup udara segar di Samila Beach. Bertandang pula ke 'Pasar Terapung Hatyai Klong Hae' di Hatyai menikmati makanan-makanan tradisional disana.


Masa yang ditunggu-tunggupum tiba. Satu-satu menu dihidangkan sehingga penuh meja dengan menu masakan Thailand. Tanpa sedar, sebanyak 20 jenis menu telah dihidangkan termasuk air minuman. Hati terpukau melihatkan begitu banyak pilihan masakan Thailand yang dihidangkan. Bermakna Bonda harus merasi kesemuanya.


Antara menu yang dihidangkan adalah, Pha La Pik, Mango Salad, Bbq Chicken Cop, Nam Prik Pla To, Deep fried Kangkung, Red curry chicken, Thai Style Cha Omelet, Thai Style Fried Brinjal, Thai Jasmine Rice, Palm Juice, Lime Juice cold, Thai Green Tea, Coconut, Thai Iced Tea, Sangkaya pumpkin, Coconut Ice Cream, Thai Style 3 Taste, Salted Eeg Squid, Red Ruby, Manggo.


Bonda dimaklomkan oleh pemilik kedai ini, menu baru yang diperkenalkan adalah ‘Pha La Pik’ dan ‘Salted Eeg Squid’.

Jadi kamilah orang pertama yang merasmikan menu baru ini. Semua makanan yang dihidangkan amat sedap dan Bonda sangat rekemen jika ada sahabat-sahabar dan kenalan ingin mencuba makanan disini. Bonda juga merancang untuk bawa keluarga Bonda makan disini nanti. Jujur diperkatakan, kesemua juadah yang dihidangkan sangat-sangat sedap penuh dengan rempah rarus asli Thailand. Bonda dimaklomkan, bahawa, semua rempah ratus dibawa khas negara Thailand. 

 Thai Style Cha Omelet

Harga makanan dia Mueng Kao ini juga sangat berpatutan. Dengan berbagai pilihan juadah, Restoran yang baru beroperasi selama dua bulan ini masih didalam permohonan sijil halal jakim. Melangkah sahaja pintu masuk restoran ini, mata terpaku dengan ‘signage’ ‘pork free’. Tiada sebarang keraguan, hati tenang menikmati makanan yang dihidangkan seperti berada di negara Thailand.

 Thai Style Fried Brinjal

Manggo

Pha La Pik

Mango Salad
 Thai Style 3 Taste
Bbq Chicken Cop

Sangkaya pumpkin
Nam Prik Pla To
Salted Eeg Squid

Deep fried Kangkung

Thai Jasmine Rice

Palm Juice, Lime Juice cold, Thai Green Tea, Coconut, Thai Iced Tea



Susana yang nyaman. Pelanggan boleh memilih untuk duduk bersila atau pn di meja makan.


Bonda sungguh berpuas hati dengan hidangan yang di hidangkan oleh Restoran Mueang Kao Thai Food ini. Bonda sangat-sangat 'rekomen' kepada anda semua untuk datang mencuba masakan Thailand disini. Restoran ini sedang dalam proses untuk mendapatkan Sijil Halal dari Jakim. Semoga pengusaha restoran ini berjaya mendapatkan status halal supaya lebih ramai lagi masyarakat Islam boleh datang makan disini. Seperti yang di pamerkan, resotoran ini bebas dari 'pork'. 

Pada yang ingin mengetahui dimana lokasi kedai ini boleh waze :

Mueang Kao Thai Cuisine
No 21 Ground Floor Jalan SS 22/11
Damansara Jaya, 
47400 Petaling Jaya,
 Selangor