Sumber Gambar: Google
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai pendapatan kurang dari RM4,000.00 sebulan dan berkemampuan, wajib bertanggungjawab melunaskan hutang pinjaman mereka.
Tegasnya, peminjam yang berkemampuan menggunakan wang gaji bercuti keluar negara dan memiliki telefon bimbit mahal bertanggungjawab melunaskan semula pinjaman pembelajaran.
Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu. Kerajaan berpendapat daripada terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka lebih baik kami bantu golongan ini.
Beliau berkata membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi adalah matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN. Mereka juga terkesan dengan penyenaraian hitam oleh PTPTN.
Beliau mengulas berkenaan kadar pengangguran dikalangan belia juga tinggi malah segelintir peminjam hanya memperolehi pendapatan antara RM1,500.00 - RM2,000.00 terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
2 Comments
Ha...betul3x... Kalau dah berkemampuan tuh, bayar lah hutang ye... Hutang tetap hutang. Yang tak berkemampuan barulah dilihat kembali untuk penangguhan pembayaran sehingga benar2 mampu. Syukur... #SayaPembayarTegarHutangPTPTN. Tak pernah missed lagi
ReplyDeletebagus-bagus jadi pembayar tegar
Delete