Bila sebut sahaja Nasi Daun Pisang, pasti ramai yang berfikir ianya dihidangkan di restoren-restoren mamak. Mengapakah ianya terjadi begitu? Mungkin kerana Nasi Daun Pisang begitu sinonim dengan kedai mamak atau India Muslim yang menjadi ‘signature dish’ iaitu ianya adalah hasil resepi yang diperkenalkan oleh sesuatu restoren itu. Ianya selalunya resepi yang unik yang mempamerkan gaya tersendiri sesebuah restoren atau kedai makan.

Kali ini Bonda  ingin membawa anda semua untuk menjelajah ke Time Square menikmati dan merasai keenakkan Nasi Daun Pisang di Restoren Bananabro. Pertama kali melihat papan tanda restoren ini akal mula mentafsir apakah yang dimaksudkan dengan ‘Bananabro’. Melihat juga daun pisang menjadi tanda utama papan tanda dipintu masuk ini, hati semakin ingin mengetahui apakah sebenarnya menu yang dihidangkan disini. Bonda diundang untuk merasai dan menikmati menu baru yang diperkenalkan di restoren ini iaitu Nasi Daun Pisang. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Bananabro yang sudi mengundang bonda untuk merasai menu istimewa ini.



Sementelah mengambil tempat didalam restoren ini, Bonda dihidangkan menu pertama iaitu Nasi Lemak Daun Pisang bersama teh ais yang diberi nama Teh Lawa. Hati sungguh teruja melihat nasi lemak yang dihidangkan di atas daun pisang. Tidak terjangkau difikiran, bertapa kreatifnya pemilik restoren ini menghidangkan nasi lemak menggunakan daun pisang di bandar kosmopolitan ini untuk menjadikan hidangannya sebagai hidangan yang ‘rare’ dan jarang sekali didapati ditengah kota besar ini memandangkan kos untuk menyediakan daun pisang ini amat tinggi. Tetapi, pemilik restoren ini berani memberikan kelainan direstoren beliau untuk menarik pelanggan mencuba menu istimewa ini. Disamping mengimbau kenangan menikmati nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, Bonda menikmati nasi lemak di Bananabro ini dengan sepenuh hati. 

Dengan ‘portion’ nasi lemak yang banyak dihidangkan, bersama sambal tumis, ikan bilis rangup, telur rebus, kacang tanah goreng bersama ayam goreng berempah dan acar, menjadikan menu nasi lemak daun pisang ini sangat-sangat istimewa disamping rasanya yang enak. Bonda sangat-sangat berpuas hati dengan nasi lemak yang dihidangkan kerana rasanya saling tidak ubah nasi lemak yang dimasak dirumah sendri. Rasa santannya yang cukup dengan campuran halia menjadikan ianya begitu enak sekali.




Untuk hidangan kedua, bonda dihidangkan dengan satu set Nasi Daun Pisang bersama air Lassi berserta pelbagai lauk pauk yang dikombinasikan menjadikan hidangan ini terlalu enak. Set nasi ini sesuai untuk menu makan tengahari bersama-sama lauk pauk seperti acar timun, kuah rasem, Mutton Of The Day, Chicken Of The Day, timun goreng, ayam rempah, sotong goreng dan juga taugeh goreng. Set makan tengahari ini hanya bernilai RM12.90. Harganya sangat-sangat murah dihidangkan satu hidangan dengan pelbagai lauk pauk. Pasti berbaloi-baloi. 


Bananabro sebuah restoren moden berkonsepkan nasi daun pisang tetapi masih mengekalkan elemen-elemen tradisional yang tidak dilupakan. Restoren keluarga ini sedia menerima pelanggan bila-bila masa. 

Menurut pengurusnya, Bananabro mengambil inspirasi dari seni budaya India dengan memberikan sentuhan moden dan kontemporari dalam hidangan dan minuman. Bananabro telah memenuhi keperluan mereka yang suka makanan.

Pelbagai pilihan menu disini dengan harga berpatutan yang patut anda cuba antaranya Mutton Of The Day, Chicken Of The Day, Chicken 65, Fried Squid, Nasi Lemak Ayam With Acar dan pilihan minuman Teh Lawa dan Lassi terdapat dalam perisa asli, masam manis, mangga dan strawberry. 








Bonda sangat-sangat cadangkan kepada anda yang menginginkan merasai kelainan menu masakan India, bolehlah datang ke Restoren Bananabro Time Squre atau hubungi nombor di bawah.


Address: LG-59B (LOWER GROUND EAST ENTRANCE)


Outlet Opening Hours : 8.30am-10pm

Banana Leaf served : 11am - 9.30pm

(served 8.30am-11am & 3pm-6pm)



Contact Number : +60327324605