Ibu Ibu
Engkaulah Ratu Hatiku
Bilaku Berduka
Engkau Hiburkan Selalu
Ibu Ibu
Engkaulah Ratu Hatiku
Tempatku Menyerah Kasih
Wahai Ibu
Betapa Tidak Hanya Engkaulah
Yang Menyinari Hidupku
Sepanjang Masa Engkau Berkorban
Tidak Putusnya Bagai Air Lalu


Siapakah yang tidak kenal akan lagu istimewa utnuk seorang insan yang bernama 'IBU'. Pasti semua orang pernah mendengarkan bait-bait lagu yang disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini. Jika dihayati bait-bait kata ini, pasti airmata akan mengalir mengenangkan kasihnya seorang Ibu. 

"Tiada ibu yang sempurna, yang ada hanyalah ibu yang sejati". Itulah moto yang diketengahkan oleh Lady's Choice dalam majlis pelancaran kempen kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum ibu-ibu. Kempen 'Ibu Sejati' ini memandang tinggi peranan sebagai seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi menjadi seorang ibu sempurna kepada anak-anak dan keluarga. 

Ibu adalah insan penting dalam setiap keluarga. Kempen Ibu Sejati ini bukan diucap hanya dengan perkataan, Lady's Choice mengangkat kasihnya seorang ibu melebihi segala-galanya dan kasih ibu sejati adalah ibu penyanyang tanpa batasan.

Tanggungjawab seorang ibu adalah terlalu berat dan besar didalam sesebuah keluarga. Terutama pada ibu-ibu yang berkerjaya yang mana perlu memastikan keseimbangan antara tanggungjawab kerjaya, seorang isteri dan ibu dalam membesarkan anak-anak dan masa untuk diri sendiri. 



Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, "Daripada semua usaha sama kami dengan jenama Unilever sejak bertahun-tahun, kerjasama kali ini memberikan salah satu hasil yang paling memuaskan daripada segi kreatif. Kempen 'Ibu Sejati' membawa mesej yang bermakna dan patut dihayati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh negara. Kami bersama dengan Lady’s Choice sepenuhnya dalam usaha untuk membantu ibu-ibu dengan perjuangan mereka terutamanya pada waktu pagi.

Kempen 'Ibu Sejati' ini membawa kisah benar penuh inspirasi oleh tiga ibu sejati yang menjadi wira bagi yang tersayang. Mereka adalah Puan Wan Musfirah Aimi, Puan Natalie Hussin dan Puan Normani Isa. Mereka berkongsi kisah suka duka menjadi ibu sejati kepada anak-anak dan keluarga mereka.

Lady's Choice Berwajah Baru


Mengambil inisiatif melancarkan kempen 'Ibu Sejati',  Lady's Choice memperkenalkan pembungkusan baharu untuk produk Mayonis Lady's Choice dengan mengekalkan kebaikannya sebagai membantu ibu-ibu menyediakan sandwich yang enak untuk sarapan seisi keluarga. Diperbuat dengan 100% ramuan sebenar dan kaya dengan Omega-3, iaitu asid lemak penting bagi perkembangan kanak-kanak, mayonis Lady'sChoice adalah teman yang paling baik untuk meringankan beban ibu semasa menyediakan sarapan berkhasiat untuk anak mereka. 


Lady's Choice akan melaksanakan pengaktifan seluruh negara untuk berhubung dengan para ibu Malaysia, di samping memberi pendidikan pemakanan berkhasiat yang berterusan dari bulan April hingga September 2018. 


Lady's Choice dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima menjalankan kempen 'Ibu Sejati' ini untuk  meluaskan jangkauannya dan melibatkan berjuta-juta ibu menerusi platform televisyen terkemuka. 


Pengarah Pemasaran Makanan da Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, En Shiv Sahgal berkata, "Sebagai jenama Mayonis no 1 di Malaysia, kempen 'Ibu Sejati' ini adalah untuk menggalakkan para ibu untuk menerima hakikat bahawa ibu yang sempurna itu tidak wujud sama sekali. Ibu sejati adalah ibu yang sebenarnya dan menunjukkan kasih sayang mereka walaupun hanya dengan menyediakan sarapan mudah yang lazat dan berkhasiat". Lady's Choice ingin memberikan inspirasi kepada ibu-ibu  hebat ini. 

Lady's Choice akan memberi ganjaran kepada ibu-ibu denagn memberikan baucer spa ekslusif pada bulan Mei 2018 bersempena Hari Ibu yang jatuh pada bulan Mei sebagai penghargaan buat ibu-ibu hebat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/LadysChoiceMalaysia

Mayonis Lady's Choice dalam bungkusan baru kini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.