Assalamualaikum. Selamat bekerja semua. Cerita minggu lalu. Berhempas pulas dalam satu hari, Bonda menghabiskan masa dengan mengikuti pelbagai aktiviti blogging bersama rakan-rakan blogger, akhirnya membawa Bonda untuk menikmati hidangan makan malam di Makan Culture Melawati Mall, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai hidangan Asia dan Barat boleh didapati di Makan Culture ini. Jom terjah bersama Bonda!
Kalau nak tau Restoren Makan Culture ni restoren apa, mari Bonda nak cerita serba sedikit tentang Restoren Makan Culture ni. Restoren Makan Culture ni adalah sebuah restoran yang berkonsepkan kafe yang menyajikan makanan gabungan berasaskan Asia. Menampilkan makanan yang terkenal di Malaysia, restoran ini merupakan francais yang berkembang yang berusaha untuk mengekalkan kualiti, konsistensi dan harga, menyampaikan makanan yang baik pada kadar yang berpatutan. Restoran Makan Culture ni dibuka pada tahun 2015 dan merupakan franchise di bawah Restoran Sakura Kristal Sdn Bhd adalah francais yang sedang berkembang maju. Dengan menggunakan hanya bahan-bahan halal yang terbaik, konsep kafe menyajikan pelbagai hidangan yang menarik minat rakyat Malaysia.
Restoren ini senantiasa memastikan hidangan yang dihidangkan adalah panas dan segar. Persembahan dan rasa makanan yang sedap telah diilhamkan oleh Chef ChongWenzie yang telah banyak mengembara keseluruh dunia untuk menyediakan makanan yang lazat hasil dari gabungan idea-idea bersama rakan-rakan lain. Chef Chong telah melahirkan idea yang kreatif dengan menyediakan menu 'signature' seperti Nasi Volcano dan Buttermilk Chicken. Setiap tiga bulan sekali pasti diperkenalkan nemu baru bagi menepati citarasa pelanggan.
Gambar-gambar diatas adalah antara menu yang dihidangkan di Makan Culture. Sememamgnnya sedap-sedap belaka. Paling bonda suka adalah Kueh Tiaw Goreng yang sangat sedap dan memenuhi citarasa. Begitu juga dengan satay yang dihidangkan dengan kuah kacang yang sungguh enak.
Hidangan air minuman juga sudah membuka selerea.
Berminat untuk merasai keenakkan makan disini boleh singgah di outlet
MAKAN CULTURE
MELAWATI MALL
11 Comments
hidangan makanan yang disediakan memang puas hati dan sedap.. Portion nya pun banyak. Memang kalau nak datang makan sini, kena betul-betul perut lapar. Baru boleh habiskan makanan yang dihidang.. Hehe..
ReplyDeletemmg sedap sgt2
DeleteSerius cakap semua menu nampak sedap sedap belaka. Nanti kalau ada lalu kawasan berdekatan boleh cuba menu yang dijual. Saya paling suka nak cuba western food yang dijual sebab saya oeminat western food. Nak nak kalau ada mayonis dan cheese. Tengok dekorasi menu pun nampak simple tapi kreatif dan ada caranya yang tersendiri.
ReplyDeleteyang fires denga mayonis n chees leleh tu memang win rasa dia....sgt sedap
DeleteMenarik laaaa food dia! Semua menyelerakan tapi air dia tuh.... Perghhhh.. . Terus rasa nak terkam! Nasib baik bukan bulan puasa masa tengok ni. Tergoda kita. . .
ReplyDeleteNina...kalo bulan puasa boleh berbuka disana
Deletewaaa... banyaknya food yg best...liez br je pergi mlm tadi..tunggu review liez ye nanti
ReplyDeletehahahha...pasti liez makan sampai kenyang...ok nanti dh review share yaa
DeleteWow, what an extensive menu. I love fusion food like this. Not Western, not local but their very own creation. Hope that I will have a chance to drop by!
ReplyDeleteThe foods so delicious....i will recommend to all my friends to taste it
DeleteWestern food pun ada... Boleh try ni
ReplyDelete