Bagi warga Kuala Lumpur telah mengenali apa itu kedai 'Jalan Jalan Japan' yang menawarkan harga barangan yang teramat murah pasti akan meluangkan masa untuk membeli belah disana kerana harga yang murah dan berpatutan. Bagi warga Negeri Sembilan pula, ‘Jalan Jalan Japan' kini membuka cawangan ke tiganya di Centrepoint Seremban. Pembukaan cawangan ini adalah untuk meperluaskan sayap perniagaan keserata Malaysia. Jalan Jalan Japan atau JJJ yang dikendalikan oleh Syarikat BOK Marketing yang  mengambil inisiatif memperkenalkan barangan keperluan harian rumah kepada pelanggan dengan harga paling rendah serendah RM2.


Terdapat berbagai pilihan kasut 'original' dijual disni dengan harga yang sangat-sangat murah

Bermacam-macam barangan keperluan rumah yang ada dijual di JJJ ini. Jika di Kuala Lumpur JJJ terkenal dengan penjualan barangan keperluan rumah dengan harga yamg murah, begitu juga dengan cawangan di Seremban ini.

Minggu lalu, Bonda berpelung untuk merasai sendiri pengalaman membeli-belah di JJJ ini. Bertapa terujanya bonda apabila diundang untuk merasai pengalaman pertama membeli belah disini.

Sementelah kaki melangkah ke tingkt paling atas bangunan Centrepoint Seremban ini, hati tidak keruan. Apakah barangan yang boleh dibawa pulang nanti terlintas dibenak fikiran Bonda. 


Barangan permaianan kanak-kanak serendah RM2.00

Setelah diberi taklimat oleh pemilik JJJ ini iaitu En. Daichi Shuzui tentang apakah yang perlu bonda lalukan selepas ini, Bonda dan rakan-rakan media yang lain menuju kedalam kedai yang disambut mesra oleh kakitangan disini. Oh yaa, terlupa pula Bonda kisahkah mengapa Bonda diundang ke sini? Seperti rakan media yang lain, Bonda memenuhi undangan penganjur sebagai media yang akan menceritakan pengalaman Bonda membeli belah disini. 


Barangan keperluan bayi juga ada dijual

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah apakah yang dijual di JJJ ini? Siapakah pemiliknya? Dan apakah yang dimaksudkan dengan barangan ‘pre-loved’? JJJ ini dikendalikan oleh En. Daichi Shuzui yang telah menerajui banyak outlet 'pre-loved' di New York, Los Angeles dan Hawaii selama 15 tahun dan kini beliau menerajui outlet 'pre-loved' di Malaysia selama 2 tahun. Di Jepun, sebuah syarikat perniagaan barangan guna pakai dan kitar semula, seperti mereka membeli barangan terpakai daripada penduduk sekitar seperti tv atau telefon bimbit kemudiannya menjual kembali barangan tersebut di pasaran. BookOff Corporation di Jepun merupakan syarikat terbesar dalam menerajui penjualan barangan terpakai atau 'pre-loved' dan kini mereka telah mempunyai 800 outlet di Jepun.


Barangan sukan

Pada yang belum mengetahui barangan ‘pre-loved’ ini adalah barangan apa, Bonda kongsikan sedikit maklumat berkenaan ‘pre-loved’. Barangan JJJ ini adalah barangan terpakai ataupun barangan ‘second-hand’ yang dibawa dari negara Jepun. Mengapa ya ianya dijual disini? Barangan terpakai atau ‘pre-loved’ ini dijual kerana ianya masih elok, berada didalam keadaan yang baik dan masih boleh digunakan. Menurut En.Daichi Shuzui, di negara Jepun tempat penyimpanan barangan amat terhad, jadi masyarakat disana tidak akan menyimpan barangan peribadi mereka untuk jangka waktu yang lama. 


Alatan muzik

Mereka akan menjual barangan peribadi mereka setelah beberapa kali menggunakannya dan membeli baru. Berbeza dengan masyarakat di Malaysia yang menggunakan berangan keperluan sehinggga tidak boleh digunakan. Contohnya baju yang dipakai. Di Malaysia, masyarakatnya akan memakai baju hingga buruk dan lusuh. Tetapi dinegara-negara luar, masyarakatnya hanya memakai pakaian untuk beberapa ketika hingga mereka menggangtikan dengan yang baru.



Alatan Finesst


Berbagai piihan skaf, tuala dan perhiasan wanita


Permainan

JJJ mula berada dipasaran Malaysia pada tahun 2016 cawangan pertamanya di One City USJ dan cawangan kedua di One Shamelin Mall Cheras pada tahun 2017 dengan menjual lebih dari 200 jenis barangan terpakai. 

Marilah bersama-sama membeli belah pada 2 Jun 2018  bersamaan SABTU sempena pembukaan penuh Jalan Jalan Japan di Centerpoint Seremban.