Bulan Ramadhan sudah hampir tiba. Tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubaraq. Seperti kebiasaan menjelang ramadhan yang bakal tiba, hampir semua hotel-hotel, restoran-restoran ternama mengadakan 'buffet ramadhan review' bagi memperkenalkan juadah buffet berbuka puasa kepada orang ramai dengan hasil sentuhan cef-cef berkaliber.

Justeru itu, Bonda akan membawa anda keluar dari kesibukan bandar Kuala Lumpur untuk merasai kenikmatan berbuka puasa bersama Azam Pandan Sdn Bhd. Ingin lari dari hiruk pikuk dan kesesakan bandar Kuala Lumpur dan mencari tempat berbuka puasa di luar bandar kosmopolitan ini? Dimanakah lokasi yang akan bonda kongsi bersama anda? Lokasinya tidak lain tidak bukan adalah di Kajang Perdana Avenue. Pasti ramai yang telah tahu lokasi ini. Kali ini Azam Pandan Sdn Bhd memperkenalkan menu berbuka puasa ditempat baru. 

F&B kreatif AZAM PANDAN Menawarkan Pilihan Yang Hebat 


Bonda telah diundang untuk merasai keenakkan masakan dari pasukan Chef Hafid, Chef Azim & Chef Mila yang sememangnya berpengalaman dalam menyediakan masakan melayu dan juga pencuci mulut yang menjadi kegemaran Bonda.

Azam Pandan Sdn Bhd menyediakan hidangan masakan Melayu tradisional merangkumi masakan dari negeri-negeri di Malaysia termasuk juga hidangan masakan Barat, Cina, India dan Arab. Gabungan masakan ini sudah pastinya memberikan rasa yang lazat dan unik dengan pilihan yang istimewa buat pengunjung dengan harga yang sangat-sangat murah malah berpatutan dan harga mampu milik oleh semua golongan masyarakat. 


Antara menu yang dihidangkan seperti Tetel Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Perut Rebung Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin masak Tempoyak, Pucuk Manis Lemak Keledek. Kesemua menu hidangan ini adalah menu kegemaran Bonda. Sungguh Bonda tidak menyangka begitu banyak pilihan masakan di Kajang Perdana Avenue dengan sentuhan Azam Pandan Sdn BhdPada ramadhan nanti, lebih dari 150 menu masakan akan dihidang.


Hampir kesemua masakan ini telah bonda nikmati dengan enak sekali. Bonda pasti, jika anda berkunjung ke sana nanti, pasti anda sangat-sangat berpuas hati. Anda juga pasti merasai keenakkan masakan-masakan ini. Keenakkan masakan ini mengimbau kembali zaman kanak-kanak Bonda ketika berbuka puasa di kampung halaman ibu Bonda di Alor Gajah Melaka. Rasa, keenakkannya tidak ubah sama seperti lauk pauk yang dihidangkan oleh arwah nenda Bonda. 


Disajikan juga pelbagai pilihan ulam-ulaman sebagai pelengkap kepada menu tradisional yang dihidangkan seperti daun ulam raja segar, daun selom, pucuk pegaga, petai dan salad, sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak dan jangan lupa kerabu, acar , telur asin, dan juga pelbagai jenis ikan kering.



Hidangan nasi putih yang diletakkan didalam bekas kayu ini beralaskan daun pisang mengekalkan rasa tradisional dan unik dinikmati ketika berbuka puasa. 




Disamping itu, Bonda juga menikmati hidangan yang dihidangkan di gerai-gerai seperti Roti Domba Besar, Masakan Arab Nasi Mandy dan Lamb, Ketam Grilled, Satay, Kambing Golek Madu, Ikan Bakar dengan Air Assam, Nasi Ayam Hainanese, Cucur Udang, Apom, Apam Balik dan 'goreng-goreng' yang menyediakan goreng pisang panas untuk dinikmati dan juga Penang Char Kuey Teow. Kesemua masakan ini menjadikan Bonda kekenyangan dan merasai kepuasan yang tidak dapat digambarkan. 





Untuk hidangan pencuci mulut pula, Bonda sungguh terpesona dengan pelbagai hidangan tempatan dan barat seperti Cake Cheese American, Tiramisu, Red Velvet, Cream Caramel, Manggo Pudding, Chocolate brownies, Ice Kacang, Rojak Buah dan Serawa Durian dengan Pulut. Untuk bahagian pencuci mulut yang menjadi kegemaran Bonda ini, pasti Bonda tidak ketinggalan untuk merasai setiap menu yang ada. 








Lebih dari  10 jenis minuman yang pastinya akan memberi kepuasan ketika seharian berpuasa termasuk Teh Tarik yang menjadi pilihan utama pengunjung. 


Tawaran Berbuka Puasa ini adalah:-

Tarikh: 17 Mei 2018 hingga 12 Jun 2018
Masa: 6.30pm - 10.00 pm
Harga: RM 55.00 nett / dewasa
           RM 27.50 nett / kanak-kanak

Tawaran istimewa untuk dewasa pada MINGGU PERTAMA & KEEMPAT Ramadhan 
hanya RM49.90

Tempahan Awal akan mendapat 2 pax percuma bagi setiap 10 tempahan berbayar.

Untuk tempahan boleh hubungi nombor yang tertera dibawah:-

03 7840 0516 / 03 7843 0617 
www.azampandan.net