Kuala Lumpur: Inginkan kelainan semasa berbuka puasa di bulan Ramadhan? Arina Skyview Kuala Lumpur membawakan konsep 'Iftar In The Sky' atau berbuka puasa diatas awan. Lokasinya yang strategik terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Arina Skyview Kuala Lumpur menghidangkan menu masakan kampung yang lazat dan digemari ramai malah menghidangkan juga masakan antarabangsa khas untuk dirasai oleh orang ramai Ramadhan ini. 

Menawarkan pakej berbuka puasa paling murah sambil menikmati  panorama pemandangan kerlipan lampu-lampu dari bangunan sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Arina Skyview Kuala Lumpur menghidangkan buffet masakan Melayu Tradisional dan antarabangsa yang lazat disediakan khas oleh Chef Sabirin Mohd Yusof dan pasukannya pasti memukau pengunjung yang datang. Berkonsepkan santai dengan suasana pemandangan 360 darjah dari awan biru yang indah berlatarbelakangkan Menara KLCC yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur sambil menikmati kelazatan makanan yang dihidangkan.




Seperti tahun sebelumnya, hidangan kambing bakar yang enak dengan gabungan rempah rahsia yang diperap dan dipanggang dimakan bersama  perbagai sos sepert Sos Blackpepper, Cendawan dan BBQ bersama salad adalah menjadi hidangan utama yang digemari ramai pasti menjadi hidangan paling ditunggu-tunggu.

Dengan hidangan menu harian yang dipamerkan berkonsepkan gerai aksi varian menyediakan pelbagai hidangan Melay seperti Nasi Tomato, Sambal Sotong, Ayam Masak Kurma, rendang daging, Udang Goreng Kunyit, tandatangan bubur lambuk bubur nasi) dan sup tulang rawan (sup sumsum tulang dengan kentang). Ianya termasuk juga ulaman kampung seperti Pecel Kampung, pelbagai sos kampung; sambal belacan, budu dan cencaluk, dan hidangan kerabu juga



Bagi menu pencuci mulut, pelanggan akan dihidangkan dengan pengat durian gaya kampung yang disajikan dengan pulut kukus atau dikenali pulut durian dan beberapa pilihan kuih muih melayu dan Nyona berserta buah-buahan segar. Manakala, pelbagai minuman dihidangkan dan banyak lagi menu yang menjadi pilihan citara. 

Arina Skyview juga menyediakan tempat mengmbil wuduk bilik solat untuk pelanggan menyempurnakan ibadah solat Magrib, Isya' dan Tarawih yang dipimpin oleh Imam tetap disini. 

Harga yang ditawarkan di Arina Skyview Kuala Lumpur 'Iftar In The Sky' boleh ditempah melalui tempahan korporat dengan minimum 50 pax. Harga yang ditawarkan adalah RM 68 setiap satu. Pada yang membuat tempahan awal harga amat murah sebanyak RM58 setiap satu. 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

MOHD HAIDER ABD. HAMID
Ketua Pegawai Operasi
Pejabat: +603.4010.8444
RSVP / Jualan: +6012.7087135
E-mel: sales.arinaskyview@gmail.com

NOOR HABIBAH BT ABDUL SAMAD
Eksekutif Jualan & Pemasaran
Pejabat: +603.4010.8444
RSVP / Jualan: +6012.7087135
E-mel: sales.arinaskyview@gmail.com