Pelancongan Agro di Malaysia masih lagi memerlukan pemerhatian pihak-pihak yang dapat membantu untuk mempromosikan produk-produk Pelancongan Agro ke peringkat yang lebih tinggi. Road To Agro Tourism Siri 4 - Zon Utara Kuala Lumpur - Langkawi kali ini membawakan penjelajahan rombongan media terdiri dari Media Arus Perdana, Bloggers, Influencer dan peserta ke beberapa destinasi agro sekitar Kedah, Langkawi dan Perlis.
Road To Agro Tourism Sri 4 - Zon Utara anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam usaha membangunkan dan memperkenalkan industri Pelancongan Agro perasmian RTAT4 ini telah diadakan di Holiday Villa Langkawi telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Azizan Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi. RTAT 4 ini dilaksanakan dengan kerjasama LPP, MADA, MARDI, HOLIDAY VILLA LANGKAWI, PUSAT KRAF MALAYSIA DAN CAM CARAVAN.
Majlis Perasmian RTAT 4 diadakan di Holiday Villa Langkawi
Presiden MTC En Uzaidi Udanis sedang memberikan ucapan alu-aluan kepada peserta dan media yang hadir acara Majlis Perasmian
Memetik kenyataan Presiden MTC berkenaan program RTAT 4 ini, beliau berharap program ini bukan sahaja dapat menarik minat pelancong asing untuk datang ke Malaysia, bahkan pelancong tempatan juga diharap dapat manfaat dalam usaha MTC memperkenalkan produk pelancongan agro.
YBhg Dato' Azizan Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi memberikan ucaptama beliau berkenaan Pelancongan Agro di Langkawi
En. Philip Pengurus Besar Holiday Villa begitu teruja dengan kehadiran perserta dan rakan-rakan media di Holiday Villa
HOLIDAY VILLA DESTINASI PELANCONGAN HEBAT DI LANGKAWI
Sehabis acara perasmian RTAT4, perserta dan rakan media meluangkan masa meninjau keindahan Holiday Villa yang menjadi penaja majlis perasmian dan makan malam RTAT4. Rakan-rakan media mengambil peluang mengisi masa dengan permainan Catur Gergasi yang disediakan di halaman hotel ini.
Pengurus Besar Holiday Villa juga mempelawa rakan-rakan Media MTC untuk menyertai perlawanan persahabatan sukan bola futsal antara MTC dan Holiday Villa pada malam kedua kami disini. Kedua-dua pasukan telah mempersembahkan permainan yang hebat. Sama-sama hebat. Pelawanan persahabatan ini menyaksikan markah seri 2-2 antara kedua-dua pihak.
RTAT4 ini adalah salah satu program berkonsepkan NBOS di sektor Pelancongan (National Blue Ocean Strategy). Majlis Pelancongan Malaysia percaya dan yakin strategi kerjasama begini akan memberi impak yang besar kepada sektor pelancongan serta dapat menjimatkan kos. Selain itu program ini juga dapat mencetuskan lebih banyak peluang-peluang lain bagi membantu ekonomi tempatan terutama kepada penduduk di luar bandar.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah bekerjasama menjayakan RTAT4 ini.
Maklumat lanjut berkenaan Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi seperti tertera di bawah:-
1 Comments
Tertarik dengan catur gergasi tu
ReplyDelete